Friday, February 12, 2010

Hukum Orang Islam Menyambut Valentines Day..

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day


Bil. Muzakarah : Kali Ke-71
Tarikh : 22-24 November 2005
Tempat : Merdeka Palace Hotel & Suites
Jalan Tun Abang Haji Openg
93000 Kuching
Sarawak.

1) Ulasan/Hujah

i. Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya
dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang
bercanggah dengan Islam.

ii. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau
kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap
hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

iii. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam
Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya
boleh menggugat akidah Islam.

iv. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau
menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan
sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk
dalam kaum tersebut.”

(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Maksudnya:


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada
amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

v. Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day
dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini
sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan
datang.


2) Keputusan
Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh
ahli-ahli, Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat
mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam
Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan
merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh
perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya
yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan
dilarang oleh Islam.


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home