  |
Ibarat Sepanjang Hidup Beribadah...
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat... " Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? " Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. " Rasulullah bertanya lagi, " Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? " Salman al-Farisi menjawab, " Saya ya, Rasulullah. " Rasulullah kemudian bertanya, " Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? " Salman al-Farisi menjawab lagi, " Saya, ya Rasulullah. " Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab, " Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). " Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi. " Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home