Monday, December 14, 2009

Udang di sebalik batu..

Hadith:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.”
~Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi~

Huraian
1. Setiap perbuatan hendaklah diperbetulkan niatnya (ikhlas) agar ia tidak mendatang kerugian dan dilakukan dengan sia-sia tanpa mendapat ganjaran pahala.
2. Perbuatan riya akan membawa kekejian dan mendatangkan perasaan benci oleh manusia lain. Sebaliknya setiap kebajikan yang dilakukan hendaklah disembunyikan seperti bersedekah dan sebagainya kecuali ia dibuat dengan niat agar dicontohi oleh orang lain seperti solat berjamaah, berpuasa dan sebagainya.
3. Di antara punca kekufuran berlaku ialah menisbahkan perbuatan yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya dan melakukan kebaikan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan diri semata-mata.



hadis dari:[JAKIM]
testi dari:[iluvislam]



 0 Comments:

Post a Comment

<< Home